aKu DaN fOtoGrAfI pArt oNe...


Minat terhadap fotografi memang ada sejak dari dibangku sekolah lagi.  Cuma keadaan tidak mengizinkan aku untuk lebih mendalami bidang fotografi.  Tapi sekarang minat tuh mula timbul semula sejak aku bergiat dalam dunia cyber nih. aku dapati banyak photo-photo yang diambil dengan pelbagai teknik yang menarik dan canggih.


Kini minat terhadap fotografi semakin mendalam.  Akan tetapi minat aku tuh masih belum boleh dilaksanakan sepenuhnya kerana memerlukan peralatan kamera yang canggih dan agak tinggi kos nya.  Buat setakat ini aku cuma menggunakan kamera digital biasa sahaja.  Kamera FUJIFILEM WP Z ( boleh masuk air 3M) … kamera murah jer yang aku beli dengan harga RM 800 sahaja.  Tapi hasilnya…hhmmm…”not bad”… boleh lah dari tak da…ahakk..!!! ahakkk…!!!


InsyaAllah, jika ada rezeki… aku teringin untuk memiliki kamera DSLR…kamera yang lazimnya digunakan oleh jurukamera2 untuk mendapatkan “shoot” yang cantik dan menarik dengan teknik yang betul dan canggih ;p..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan