Lepaskan Dia PERGI


Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH... 
Maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN 
yang TERBAIK untuk kita...


Destinasi Akhir Ekspresi Cinta


Stesen terakhir cinta kerana Allah dalam ikatan rumahtangga adalah syurga yang kekal abadi di akhirat. 
Sebaliknya, stesen terakhir cinta kerana nafsu adalah neraka yang penuh siksaan. 
Allah serahkan pilihan di tangan kita yang diberi selendang sebagai khalifah muka bumi.
Allah sediakan syurga untuk manusia tinggal dan Dia ciptakan Neraka sebagai peringatan
 bahawa ada risiko menanti jika manusia memilih untuk tidak tunduk kepada-Nya.
 Pilihan yang Allah buka juga berlaku dalam soal ekpresi cinta dan kasih sayang... 
Semoga Allah memimpin dan memberi taufik dan hidayah
 untuk kita menikmati anugerah cinta dari Dia yang Ar Rahman dan Ar Rahim.

Kadangkala HATI ini juga perlu BERSUARA ...



hati
bagi aku , hati ini cukup susah untuk aku paham sebenarnya
walaupun hati tue hati sendiri !!!
Bilamana kadangkala hati ini cukup DEGIL untuk meluahkan sesuatu
Bilamana kadangkala hati ini cukup SUSAH untuk menerima kenyataan
Bilamana kadangkala hati ini cukup PELIK untuk ditafsirkan
Hati ini Aku sendiri TAK PASTI
Cukuplah dengan satu ketika itu, hati ini TERTUNGGU2 hati seseorang itu
Hati itu yang membuat hati ini seringkali GEMBIRA
Mendengar sebutan namanya, cukup membuatkan hati ini SENANG sepanjang masa
Ada ketika itu, hati ini teringin nak MENYATAKAN yang hati ini sayang dan suka pada hati itu
Diberi macam2 PETUNJUK tapi hati ini terasa macam SIA2
Bila hati itu seringkali semacam ingin mengelak dari perbualan itu
Tapi takpe, hati ini jiwanya ADA KESABARAN Biar hati ini MENUNGGU sehingga hati itu BERSUARA sendiri
TAPI……….
Hati ini seakan2 MENUNGGU satu perkara YANG TAK PASTI
Sampai ke satu tahap itu. Hati ini sudah BERPUTUS ASA untuk MENUNGGU hati itu.
MUNGKIN ITU BUKAN JODOHMU WAHAI HATI………
Hati ini seakan2 PASRAH dengan kenyataan yang SAKIT untuk DITELAN..

Sesuatu Yang Tidak Pasti



Banyak CERITA yang telah kita susun bersama dihari itu
Hari dimana kita merangkai CINTA..KETAWA & BAHAGIA bersama
Namun hari itu tidaklah sama dengan hari ini
Sekarang bukan KEMARIN atau MINGGU ini atau BULAN lalu
Sekarang adalah hitungan HARI ini, esok & lusa
Dan sehingga DETIK aku bernafas, aku selalu INGAT
Bahawa CINTA pernah membuatku begitu BERSEMANGAT
Menggapai HASRAT & MIMPI yang TERSIRAT

Apakah pantas untuk aku terus MENANTINYA ?

Daerah Paling Sepi Di Dunia Adalah 'Hati Tanpa Cinta'


Aku tidak pernah memilih dia untuk pelindungku. 
Aku tidak pernah menganyam impian untuk bersamanya. 
Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yang sepatutnya. 
Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. 
Dia hanya seorang sahabat.

Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. 
Tiba2 aku ...............

Menyerah pada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan 
untuk menang, bukan?

Kisah Ikan Bodoh+Sombong Dan Ikan Cerdik



Dalam kehidupan laut yang cukup tenang, setenang airnya yang cukup membiru bebas dari sebarang pencemaran, tinggal sepasangan ekor ikan yang hidup aman bahagia , Nemo dan Dory di sebuah 'permukiman' batu karang yang indah dengan kewarna-warniannya. Pada suatu hari, Nemo berkatakan sesuatu kepada Dory...


Nemo: Oh Dory sayangku, tahukah kamu sesuatu yang amat dasyat yang aku tidak mahu ia berlaku ke atasmu sayangku...

Dory: Apakah dia wahai kekanda pujaanku?


Nemo: Ayahku telah berpesan dindaku,ada kehidupan lain selain kehidupan kita di atas permukaan air ini..iaitu MANUSIA. Kehidupannya amat dasyat,kejam, dan penuh tragis!

Dory:  HAA?? Betulkah ada kehidupan lain selain kita? Dinda tidak mengerti kekanda..apa yang kanda maksudkan dengan kejam??

Nemo: Ayahku berpesan,jika kita terserempak dengan sebentuk mata tajam yang diletakkan makanan dihujungnya,maka jangan diambil makanan itu kerana ia umpan manusia! Jika kita terjerat jerakan manusia itu, kita akan dilapah, dicincang, dibakar seterusnya dimakan oleh mereka!

Dory:  OMG!! Betulkah wahai kanda?Dinda tidak percaya,dinda tidak percaya..tidak mungkin ada kehidupan selain kita! Bapakmu bukan betul pun..

Setelah itu, si Dory pun terus ingkar amaran Nemo. Akibatnya, pada suatu hari Dory termakan umpan pancingan manusia,maka the end lah riwayat hidup si Dory itu.