heArT pArT OnE

Saja nak cerita, nak bagi contoh tentang peliknya manusia ni. Tapi sikit-sikit je la. Nanti saya pula yang jadi pelik kenapa saya tulis macam ni. Ok dah pelik dah. Merepek saja


Pelik bukan, bila orang tu tipu kita, curang dengan kita, tapi kita masih sayang, cinta orang tu lagi. Betul la, 
Love Is Blind.

Pelik bukan, ada orang baik sangat, menghargai kita, sayang kita, tapi kita tak ada pun perasaan macam tu kat orang tu. Betul la kan, 
Love Can’t Force

Pelik bukan, kita sayang orang tu, cinta orang tu, tapi kita layan dia macam musuh, layan dia kasar-kasar, kita ego, tak nak tunjuk pun kita sayang dia, padahal dalam hati ni Allah je tau. 
Secret of Love

Pelik bukan, bila seseorang ni sayang kita, cinta kita, layan kita dengan baik sangat, nampak sangat dia sayang kita, selalu contact kita, tapi sebenarnya kat belakang kita dia layan orang lain juga. Banyak masa dia, duit dia nak layan lebih dari sorang. 
Love is for everyone

Pelik bukan, dalam masa yang singkat je terus dapat cari orang lain, terus dapat pengganti. Semudah itu saja tanpa terkesan pun. Owh, 
Love is to Replace..

Pelik bukan, bila kita dah tahu dia tu hak orang, suami orang, tunangan orang, tapi kita tetap nak ganggu, nak kacau jugak, nak runtuhkan jugak kebahagiaan orang tu.
Love is to Share



Pelik bukan, bila kita dah buang orang tu jauh-jauh, dump habis-habis, but then, cari balik orang yang kita pernah buang dia suatu masa dulu. 
Love is To Throw & To Take Back.

Pelik bukan, bila tiba-tiba je kita ada perasaan pada orang tu. Sedangkan tiada apa yang menarik pada orang itu. Malah, keburukan demi keburukan pun, kita tetap ada perasaan pada orang tu. Tak tahu la dari segi mana kita ada perasaan pada orang tu. Memangla, 
Love is Unpredictable.

Lastly, saya pun pelik. Kenapa kita Cinta orang lain, sayang orang lain, suka orang lain, tapi kita layan orang lain, rapat dengan orang lain, bermanja dengan orang lain, meluahkan masalah pada orang lain, di tegur orang lain, di nasihati orang lain. Semua itu orang lain-lain, yang terdiri dari 3 4 5 orang lain-lain. Memangla. Kerana, orang yang kita cinta sayang kasih tu tak dapat jadi apa yang kita nak, tak dapat layan mengikut diri kita dan tak banyak masa bersama kita, tak menghargai kita, tak pernah ambil kira nasihat serta peringatan kita & telah menghancurkan hati kita. Pulangla hati orang itu balik.. Jangan simpan serpihan-serpihan hati tu. Tak guna dah. Cantum sekalipun, masih ada kesan retak itu. 
Broken Heart Has No Spareparts


...I Locked Away My Heart. Don’t Try To Come Near To Me Anymore...

aKu DaN fOtoGrAfI pArt oNe...


Minat terhadap fotografi memang ada sejak dari dibangku sekolah lagi.  Cuma keadaan tidak mengizinkan aku untuk lebih mendalami bidang fotografi.  Tapi sekarang minat tuh mula timbul semula sejak aku bergiat dalam dunia cyber nih. aku dapati banyak photo-photo yang diambil dengan pelbagai teknik yang menarik dan canggih.


Kini minat terhadap fotografi semakin mendalam.  Akan tetapi minat aku tuh masih belum boleh dilaksanakan sepenuhnya kerana memerlukan peralatan kamera yang canggih dan agak tinggi kos nya.  Buat setakat ini aku cuma menggunakan kamera digital biasa sahaja.  Kamera FUJIFILEM WP Z ( boleh masuk air 3M) … kamera murah jer yang aku beli dengan harga RM 800 sahaja.  Tapi hasilnya…hhmmm…”not bad”… boleh lah dari tak da…ahakk..!!! ahakkk…!!!


InsyaAllah, jika ada rezeki… aku teringin untuk memiliki kamera DSLR…kamera yang lazimnya digunakan oleh jurukamera2 untuk mendapatkan “shoot” yang cantik dan menarik dengan teknik yang betul dan canggih ;p..